Mutaah

Teks : Jazilah Mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.

Perkongsian pada hari ini adalah berkenaan mut'ah.Mut'ah secara ringkasnya adalah saguhati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut. Sekiranya selepas penceraian suami tidak memberikan apa-apa saguhati yang selayaknya dianggap sebagai muta'ah maka isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk memerintahkan pembayaran muta'ah tersebut. Perkara ini dibenarkan berdasarkan peruntukkan seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seksyen 56 memperuntukkan: Selain haknya memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon muta'ah atau pemberian saguhati kepada mahkamah, dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebba yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut hukum syara'.

Berdasarkan hukum syarak, mutaah adalah suatu pemberian yang wajib diberikan kepada isteri yang diceraikan.sekiranya perceraian bukan berpunca daripada aib isteri. merujuk kepada penghakiman yang diberikan oleh Qadhi Harussani dalam kes Norbee lwn Ahmad Sanusi (1978)1 JH (2) 63 mengatakan: mutaah adalah pemberian yang diwajibkan oleh syarak kerana pencereaian yang bukan dari sebab isteri kerana keaiban yang ada pada dirinya atau fasakh dar isteri dengan sebab iksar suami atau aib yang ada pada dirinya. ia bukan diwajibkan kerana kehilangan kasih sahaja kerana mutaah diwajibkan dalam keadaan di mana isteri menebus talaq daripada suami. 

Pemberian mutaah diwajibkan atas asas untuk menutup malu isteri, menghindarkan fitnah dan juga sebagai bekal memulakan penghidupan baru. Ini kerana sebagai seorang isteri yang diceraikan akan merasa malu dan mungkin menerima prasangka buruk daripada masyarakat sekeliling. Selain itu seorang isteri yang lazimnya bergantung hidup kepada suami akan menghadapai kesusahan memulakan kehidupan secara bersendirian. (qadhi Harussani)
 
Dalam menentukan kadar pembayaran mutaah, mahkamah biasanya melihat kepada persetujuan dan keredhaan kedua-kedua belah pihak. Namun dalam kes yang mana persetujuan tidak dicapai maka penentuan kadar adalah sebagaimana yang digariskan oleh syarak iaitu:
1. nilai kedudukan suami
2. sifat dan keadaan isteri
Penentuan dibuat dengan menilai miskin atau kayanya suami dan kedudukannya dalam masyarakat. begitu juga kedudukan isteri dan keadaan keluarganya dalam amsyarakat. walaupun nilai dan kadar tidak ditetapkan oleh syarak , perkiraan dibuat oleh hakim dengan nilai semasa yang munasabah.
Dalam kes Rahaniah lwn Haji Ujang (1983) 4 JH 270, mahkamah telah mengurangkan kadar mutaah daripada RM10 ribu yang dituntut kepada RM2 ribu yang dianggap lebih munasabah dengan kedudukan suami yang telah bersara.
Walau apapun u situasi dan keadaan kes, di mahkamah syariah penyelesaian secara sulh atau berbincang secara baik amat digalakkan demi mencapai persetujuan dan memudahkam proses mahkamah.

Sekadar perkongsian. semoga ada manfaatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah