Catatan harian

Teks : Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.
Alhamdulillah hari-hari dilalui penuh dengan limpahan kasih sayang yang tidak pernah berkesudahan. Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi pada setiap saat dan ketika.
Apabila terkenangkan sahabat-sahabat yang mengalami kegagalan rumahtangga rasa syukur bertambah-tambah. Apa tidaknya bukan semua orang terpilih untuk menikmati keindahan hidup berkasih sayang. 
Jika ada di antara mereka dulunya bukan main intim, kini diuji dengan kekecewaan lantaran isteri atau suami berlaku curang ataupun bertemu cinta hati baru. Ada juga diuji dengan kehilangan kekasih hati kerana dipanggil menemui kekasih yang abadi. Maka syukurlah dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Hargailah apa yang ada di sekeliling kita. Suami, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, mertua, ipar duai, mereka semua adalah insan-insan yang sepatutnya dihargai. Adanya mereka menyerikan hari-hari kita.
Saya bersyukur dikurniakan insan-insan hebat di sekeliling. Mereka amat memahami dan hadir di sisi di setiap saat dan ketika lebih-lebih lagi di saat mereka amat diperlukan.

Hingga bertemu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Cerai luar mahkamah

Pegawai Syariah

Tahfiz Model Ulul Albab