Pengorbanan seorang suri
Teks : Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.
Besok 15 oktober bersamaan 10 Zulhijah umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha atau sinonimnya hari raya korban. Menelusuri sirah anbiya' pastinya kita akan bertemu kisah pengorbanan nabi ibrahim dan anaknya nabi Ismail juga siti hajar. Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka demi mendapatkan ganjaran daripada Allah.
Dalam kehidupan kita juga tidak terlepas daripada melakukan pengorbanan. orang kata "pengorbanan yang dilakukan terhadap diri adalah cerminan pengorbanan kita terhadap orang lain". Bagaimana kita sanggup berkorban untuk orang lain kiranya kita tidak sanggup berkorban untuk diri sendiri. Dalam sebuah perkahwinan betapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh setiap pasangan demi menjaga kerukunan rumahtangga, demi kebahagiaan diri, pasangan dan anak-anak. Dalam kehidupan seorang individu betapa banyak pengorbanan yang telah dibuat demi mencapai impian dan cita-cita. betapa banyak juga masa, wang ringgit dan tenaga yang telah dikorbankan demi sebuah kehidupan yang lebih selesa.
Berbalik kepada topik entri kali ini, pengorbanan seorang suri saya melihat betapa seorang wanita yang bergelar suri dalam rumahtangga telah banyak berkorban demi sebuah kehidupan. Namun adakalanya pengorbanan yang diberi tidak setimpal dengan hasil yang diterima. Betapa ramai isteri di luar sana sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga. Teringat semsa kecil dahulu, bonda begitu gigih bekerja mencari pendapatan sampingan bagi menyara keluarga. Pendapatan ayah sebagai guru tidak mencukupi menanggung keperluan persekolahan abang-abang dan kakak-kakak. Seawal pagi menyiapkan barang jualan untuk kantin sekolah. bersengkang mata menyiapkan nasi lemak untuk jualan esok pagi. Selepas tidak lagi berjualan di kantin sekolah bonda masih lagi berniaga, namun di ruangan dan pasaran yang lebih besar iaitu di pasar Siti khadijah Kota bharu. Pendapatan yang diperolehi bonda memungkinkan kami adik beradik seramai 8 orang ini meneruskan pengajian sehingga memperoleh kerja yang cukup dibanggakan oleh ayah dan bonda. Pengorbanan bonda akhirnya berbaloi setelah melihat kejayaan anak-anak.
Kisah pengorbanan sering dikaitkan dengan hasil yang positif, dan berbaloi dengan pengorbanan yang dibuat. namun tidak kurang juga pengorbanan yang dibuat adalah sia-sia bahkan menyusahkan kehidupan dan diri sendiri. Mungkin kita pernah mendengar atau terbaca kisah suri yang didera, dipukul sesuka hati oleh suaminya. Saya pernah berjumpa dengan seorang wanita yang sudah hidup selama 25 tahun dipukul dan didera. sepanjang kehidupan suami isteri beliau mengatakan semasa suaminya baik dia akan baik sangat sehingga beliau tidak perlu memasak, mengemas rumah dan sebagainya. namun ketika suaminya panas baran beliau akan dipukul sesuka hati, disepak dan diterajang. setelah hidup bersama 25 tahun barulah kesabarannya hilang dan tidak sanggup lagi untuk menjadi objek deraan. Rupa-rupanya selama 25 tahun ini beliau tidak mengetahui bahawa beliau ada hak untuk bercerai setelah diperlakukan sedemikian rupa. mungkin kes sebegini adalah kes terpencil namun tidak mustahil ianya berlaku kerana ketiadaan ilmu.
Justeru walau apapun bentuk pengorbanan yang sedang, akan atau telah kita lakukan, lakukannya dengan ilmu. Ilmu pengetahuan menjadi penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan tatkala kita berbuat sesuatu. Harusnya sebelum membuat keputusan adalah berasaskan ilmu.
Sekian. Semoga ada manfaatnya.

Comments
Post a Comment