Musibah

Teks : Jazilah mohd saad 

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari iaitu hari jumaat yang penuh barakah. 

Di awal pagi ketika masing-masing sibuk untuk keluar bekerja, maid memaklumkan bahawa motosikal yang diletakkan di dalam pagar rumah telah hilang. Biasanya bila hilang sesuatu sayalah orang yang paling kelam kabut. Tapi entah kenapa hari ini tidak begitu. Mungkin pengalaman lalu mengajar diri ini untuk lebih "cool" dalam banyak perkara.
Mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan ini. Mungkin Allah ingin mengganti dengan yang lebih baik. Musibah boleh menjadi rahmat jika kita bijak mengurusnya. Fikiran dan tindakan yang positif adalah kunci yang mampu mengubah musibah menjadi rahmat. Semkga Allah mengurniakan hidayat kepada hamba Nya.
Catatan harian jumaat 18 oktober 2013

Comments

Popular posts from this blog

Pegawai Syariah

Cerai luar mahkamah

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah