Ruangan Ilmu

Teks: Jazilah Mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim dan salam ceria.

Alhamdulillah Allah masih memberikan kita nikmat kehidupan buat sekian kalinya. Mudah-mudahan hari ini diisi dengan pekerjaan yang manfaat. Suasana di pejabat makin meriah, ramai yang mengambil cuti sempena aidil adha telah kembali bekerja. jalan raya semakin sibuk namun alhamdulillah masih dapat datang tepat pada waktunya.
Setelah kembali bekerja, saya cukup bersyukur ditempatkan di ruangan ilmu yang bakal membuatkan hari-hari saya terisi dengan pelbagai ilmu yang ada di sini. Sejak dari zaman sekolah rendah, saya adalah seorang ulat buku. Perpustakaan adalah tempat kedua selepas bilik darjah. Sehinggakan saya pernah dilantik sebagai pustakawan apabila guru sering melihat saya di perpustakaan. Alhamdulillah dengan minat tersebut saya pernah mendapat anugerah sempena hari membaca di sekolah. Dah terlupa nama anugerahnya tapi rasanya semuanya ada hubungkait dengan buku.
Kini setelah bekerja saya sekali lagi saya ditempatkan di perpustakaan dengan jawatan dan tugas yang lebih mencabar. Bekerja di kelilingi buku menjadi idaman sejak dari dulu dan nampaknya Allah anugerahkan saya kesempatan ini. Di ruangan ini, kemana pun saya bergerak semuanya buku. Walaupun koleksi utama adalah perundangan Islam, koleksi lain juga mengisi rak-rak di sini. huh...sungguh teruja. terasa ingin sekali membaca kesemua koleksi yang ada. Sungguh bersyukur ilmu kini di depan mata tinggal lagi bagaimana harus di nikmatinya.
Hampir dua minggu di sini, ruangan ini rupanya bukan menjadi tumpuan. Membelek-belek catatan pengunjung, rupanya keadaan ini bukanlah suatu yang asing, ia berlaku sejak dari dulu. mengapa? adakah penjawat awam tidak suka membaca atau mungkin masing-masing terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk membaca. Entahlah. Sukar membuat telahan tanpa ada asas. Namun apa yang pasti ruangan ini pastinya ruangan ilmu dan saya adalah antara insan bertuah yang saban hari di hari-hari bekerja pastinya berada di sini. 
Sekadar coretan.

Comments

Popular posts from this blog

Cerai luar mahkamah

Pegawai Syariah

Tahfiz Model Ulul Albab