Memfailkan tuntutan penjagaan sementara
Teks : Jazilah mohd saad
Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang.
Setiap kali berlaku perceraian, antara perkara pertama yang dilihat adalah isu penjagaan anak-anak. Sekiranya sebelum perceraian anak-anak akan dijaga bersama-sama. Namun selepas perceraian pastinya pasangan akan mempunyai kehidupan dan kediaman sendiri. Maka soalnya dimanakah anak - anak akan tinggal.
Seringkali isu dan pertikaian penjagaan anak - anak akan melibatkan permainan emosi. Apatah lagi sekiranya perceraian berlaku tanpa persetujuan mana-mana pihak. Anak - anak menjadi mangsa kemarahan dan dendam. Tidak mudah menyelesaikan isu penjagaan anak - anak di awal perceraian. Namun untuk kebaikan dan keperluan mendesak, mana-mana pihak boleh dengan alasan memohon perintah penjagaan sementara demi kebaikan dan kemaslahatan anak-anak.
Bagaimana permohonan boleh dibuat?.
Permohonan untuk mendapatkan perintah penjagaan sementara boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah dan disokong melalui afidavit beserta sijil perakuan segera. (seksyen 201 Akta Tatacara Mal).
Berdasarkan Seksyen 201 Akta, undang-undnag membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah sementara berkenaan hadanah (penjagaan anak-anak) sekiranya mahkamah berpuas hati dengan permohonan yang dikemukakan. Walaubagaimanapun permohonan untuk mendapatkan perintah sementara ini perlu kepada alasan yang kukuh dan mendesak demi keadilan dan perlindungan pemohon dan kanak-kanak.
Contoh Kes
Kes Radziah Binti Ibrahim lwn Peter R Gottschalk @ Yusuff bin Abdullah. Dalam kes ini pemohon memohon perintah hadanah secara ex parte serta perintah tegahan terhadap responden daripada mengganggu dan membawa anak keluar dari Malaysia. Permohonan dibuat dengan alasan bimbang reponden melarikan anak berdasarkan ugutan-ugutan yang telah dikemukakan kepada pemohon. selain itu perintah interim hadanah juga dipohon demi keselamatan dan kebajikan akidah islamiyyah anak mereka. Mahkamah setelah meneliti permohonan dan berpuashati dengan dokumen dan keterangan yang dikemukakan telah membenarkan permohonan perintah sementara sebagaimana yang dipohon oleh pemohon. Selanjutnya mahkamah juga mengeluarkan perintah tegahan bagi menghalang respondon membawa keluar anak tersebut daripada Malaysia.
Sekian. Semoga ada manfaatnya.

Great as always, You are amazing.
ReplyDeleteAlso, Please check out my game Traffic Racing .
Thanks