Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah
Teks: Jazilah mohd Saad
Bismillahirrahmanirrahim.
Peruntukkan undang-undang berkaitan Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah (rujukan Akta tatacara mal mahkamah syariah (Wilayah-wilayah Pesekutuan)
Bismillahirrahmanirrahim.
Perkongsian undang-undang yang ingin diutarakan pada kali ini adalah berkenaan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.
Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah adalah satu proses tindakan yang dilakukan setelah berlakunya ketidakpatuhan terhadap perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah. ramai yang beranggapan dengan adanya perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah maka tindakan akan berhenti sekadar itu sahaja. Memang benar isu tidak akan timbul sekiranya tidak ada unsur-unsur pengabaian terhadap pembayaran nafkah. Namun yang sering menjadi isu hangat yang diperkatakan adalah berlakunya pengabaian pembayaran sehingga menimbulkan penganiayaan terhadap pihak-pihak yang diabaikan (kebiasaannya anak-anak). Seolah-olah bapa dengan sengaja abai perintah pembayaran nafkah dan dengan sengaja engkar perintah mahkamah. sekiranya perkara ini berlaku pihak-pihak yang diabaikan berhak untuk menuntut keadilan melalui proses mahkamah. Namun orang yang terabai perlu memulakan langkah dengan memfailkan permohonan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah ke mahkamah syariah.
Peruntukkan undang-undang berkaitan Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah (rujukan Akta tatacara mal mahkamah syariah (Wilayah-wilayah Pesekutuan)
Proses penguatkuasaan menawarkan pelbagai jenis tindakan berasaskan hasil yang akan diperolehi dengan hak-hak
substantif yang berbeza. Ia diperuntukkan di bahagian XVIII akta dan ia terbahagi kepada
empat bab, iaitu kaedah-kaedah umum, penguatkuasaan, pelaksanaan dan
peruntukan khas yang berhubungan dengan saman penghutang penghakiman. Walaubagaimanapun
untuk tindakan berasaskan prosedur jenayah, prosedur penguat kuasaan adalah
sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 10 Kesalahan Jenayah Syariah (1997
Wilayah Persekutuan) dan seksyen 133 (Undang-Undang Keluarga Islam). Tujuan penguatkuasaan
dan pelaksanaan perintah secara falsafahnya adalah untuk memenuhi tuntutan yang
dibuat oleh pemohon dan mencapai keputusan yang praktikal yang mana responden
akan mematuhi kewajipan yang perlu dilaksanakan berlandaskan undang-undang.
Secara ringkas
antara metod penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah adalah sebagaimana
berikut:
ii.
Perintah sita dan jual.
iii.
Perintah pemilikan
iv.
Hiwalah
v.
Saman Penghutang Penghakiman dan
vi.
Tindakan komital
Setiap tindakan berikut mempunyai tatacara tindakan yang tersendiri berdasarkan peruntukan undang-undang tatacara mal mahkamah syariah. Walaupun matlamat akhir setiap tindakan adalah sama iaitu mempastikan nafkah dibayar kepada penerima sebagaimana perintah. Namun keupayaan sesuatu tindakan itu berbeza berasaskan kesesuaian dan kehendak pemohon. Selain itu penentuan jenis tindakan yang dibuat juga berasaskan kepada keupayaan mengenalpasti tempat tinggal, harta yang dimiliki oleh responden serta keupayaan sesuatu tindakan itu boleh dilaksanakan ke atas responden.
Bagaimana ingin memulakan tindakan?
Proses memulakan tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah adalah berbeza mengikut jenis tindakan yang dipilih. Sebagai contoh sekiranya pemohon memilih untuk menggunakan Saman Penghutang Penghakiman sebagai cara penguatkuasaan maka proses tindakan bermula dengan memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mengeluarkan saman kepada penghutang penghakiman iaitu pelaku untuk hadir ke mahkamah untuk diperiksa sebab dan alasan kenapa pembayaran nafkah tidak dibuat. Namun sekiranya pemohon memilih tindakan yang lain maka proses tindakan mungkin akan berbeza dengan tindakan saman penghutang penghakiman.
Contoh kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah
Kes Noraini binti Taha lwn. Rizal Sazali bin Omar JH 25 BHG.2 1429H
Pemohon (pemiutang penghakiman) dan responden (penghutang penghakiman) adalah bekas suami isteri dan mempunyai 3 orang anak. semasa perceraian, suatu perintah nafkah telah dikeluarkan dan memerintahkan responden membayar nafkah sebanyak RM3,000 sebulan kepada pemohon. namun reponden gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut dan nafkah telah terabai sehingga mencapai jumlah RM28000. Dalam kes ini selepas penyiasatan dilakukan mahkamah telah mengeluarkan perintah sebagaimana berikut:
1. mahkamah sabitkan hutang penghutang penghakiman kepada pemiutang penghakiman sebanyak RM23,800.00.
2. mahkamah perintahkan penghutang penghakiman membayar jumlah hutang tersebut dengan cara ansuran sebanyak RM500 sebulan selama 46 bulan.
Sekian dahulu....semoga ada manfaatnya.

upia str smsinh. trsy eotk.
ReplyDeleteAlso, Please check out my game Traffic Racing .
Thanks