Posts

Showing posts from 2013

Pegawai Syariah dan Pusat Sumber Maklumat

Image
Teks: Jazilah Mohd Saad Gambar: Google Bismillahirrahmanirrahin dan salam hormat kepada pembaca entri ini. Semoga anda semua dilimpahi kasih sayang Ilahi. Alhamdulillah cukup sudah sebulan kembali bergelar penjawat awam. Suasana bekerja di rumah dan suasana bekerja di pejabat sungguh berlainan. Berada di ruangan yang menempatkan hampir 40 ribu koleksi bahan-bahan rujukan membuatkan saya teruja ingin membaca kesemua apa yang ada di ruangan ini. Uh...tidak mungkin saya mampu menghabiskannya. Apatah lagi sekiranya buku tersebut dalam bahasa Arab. Namun syukur sekurang-kurangnya saya berada di ruangan ilmu. Sebagaimana Pusat Sumber Maklumat jabatan kerajaan lain, Pusat Sumber Maklumat JKSM merupakan Pusat Sumber yang menempatkan koleksi bahan-bahan rujukan perundangan syariah (60%), Perundangan umum (20%) dan koleksi umum (20%) sebagai rujukan kepada Pegawai Syariah dan mana-mana individu yang berkaitan. Hampir kebanyakan koleksi adalah rujukan berbahasa Arab. Koleksi ini pentin...

Anak oh anak

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Minggu pertama bulan Disember akhirnya muncul jua. Kesibukan kadang kala membuatkan kita lupa dengan hari dan masa. Kesibukan kadang kala membuatkan kita lalai dengan amanah yang diberikan. Anak adalah amanah yang besar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Baik buruk nya kehidupan anak banyak bergantung kepada didikan dan asuhan kedua ibu bapanya. Semalam berkesempatan menjenguk anak sulung di kem tahfiz.  Setelah dua minggu berpisah terasa lamanya seolah-olah bertahun. Tinggal lagi dua minggu untuk beliau menyelesaikan tempoh pengajian. Kalau tidak kerana ilmu akhirat sudah pasti tidak sanggup untuk berpisah dengannya. Semoga anak - anak kita mampu menjadi saham akhirat untuk kita sebagai ibu bapa.

Mendidik jiwa dan hati-elak pembaziran

Teks:Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam hujung minggu. Alhamdulillah hari ini berkesempatan mengikuti program berkhatan yang dianjurkan pejabat suami. Seronok melihat anak-anak dengan pelbagai ragam dan kerenah. Namun dalam keseronokan meraikan anak - anak ada sedikit rasa terkilan dengan kerenah segelintir ibu bapa yang turut sama merai anak- anak ini. Sungguh rasa terkilan tak dapat dibendung. Pihak penganjur sememangnya pemurah menyediakan makan minum untuk semua yang hadir. Malangnya sikap sesetengah ibu bapa yang begitu "tamak" semasa mengambil makanan sungguh memalukan. Kalau lah makanan tersebut mampu dihabiskan tidak mengapa. Malangnya ia tidak dihabiskan malah dibuang begitu sahaja. Orang lain yang tidak sempat merasa terkulat-kulat melihat makanan yang sepatutnya dimakan tetapi terpaksa dibuang ke tong sampah. Macam mana agaknya kita hendak mendidik anak - anak kita jika ibu bapa berkelakuan sebegitu. Sepatutnya ibu bapa menjad...

Bicara soal kerja

Teks: Jazilah Mohd Saa Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi allha yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah masih diberi nafas dan kesempatan menghirup udara segar, menjalani rutin harian sebagai seorang hamba di bumiNya. Siapalah kita tanpa Dia. Dia penentu segalanya. Mungkin hari ini, mungkin besok, mungkin lusa dan mungkinpada bila-bila masa kita akan dipanggil mengadapNya. Maka berusahalah sebaik mungkin menjalani kehidupan yang diberikan dengan penuh amanah dan tanggungjawab sebagai tanda pengabdian kepadaNya. Setiap apa yang dilakukan perlu berpaksikan kepadaNya. Segala yang dilakukan adalah untuk mendapatkan keredhaannya. Sungguh mudah, sungguh senang sekali, namun pelaksanaannya mungkin tidak begitu. Betapa ramai daripada kita membuat sesuatu bukan matlamat akhirnya mendapatkan keredhaan Allah. bahkan sekadar mendapatkan nama, menyelesaikan tanggungjawab. Moga kita tergolong di kalangan hambaNya yang ikhlas  keranaNya.

Kem tahfiz

Image
Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Minggu pertama cuti persekolahan telah bermula. Hari pertama tanpa anak sulung yang kini mengikuti program tahfiz cuti sekolah. Pertama kali berpisah dengan anak, hati sedikit rasa bimbang,  risau anak tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Namun ustaz sering whatsapp gambar-gambar. Ini sedikit sebanyak menghilangkan resah di hati. Menghilangkan kerinduan pada anak yang diserahkan pada pihak sekolah selama sebulan tanpa sesi lawatan. Ada yang bertanya perlukah anak seusia 7 ke 10tahun mengikuti kem sebegini.  Tak kesian kah pada mereka mengurus diri sendiri?. Ya betul pada awalnya itulah perasaan kami. Namun akhirnya kami yakin dan pasti bukan mudah untuk berjaya. Anak-anak yang akan berjaya perlu diasuh dan dididik dengan semangat yang tinggi berusaha mencari ilmu dalam apa jua keadaan.  Apatah lagi ilmu tersebut bakal memberi bekalan  akhirat kepada anak-anak dan ibu bapa mereka. Kami b...

Ilmu sepanjang hayat

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam jumaat penuh barakah. Syukur dan puji dipanjatkan kehadrat Ilahi atas segala limpah kurnianya. Marilah kita perbanyakkan salawat dan istighfar di hari yang mulia ini. Mudah-mudahan segala apa yang kita kerjakan mendapat ganjaran pahala daripadanya. Alhamdulillah selesai mendengar tazkirah mingguan jabatan. Topik yang diperbincangkan adalah mengenai ilmu. Satu hadis yang dijadikan asas perbincangan iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani bermaksud: Dari   Rasulullah Saw bersabda:  "Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu".  5 golongan manusia apabila dikaitkan dengan ilmu orang yang alim atau berilmu orang yang belaja...

Tuntutan fasakh

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Setiap hari buka saja akhbar tabloid pasti ada berita mengenai isteri kena dera, kena pukul, dan pelbagai lagi penganiayaan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Membacanya membuatkan hati rasa berapi-berapi. Dimanakah nilai seorang isteri di sisi seorang lelaki. Apakah jenis lelaki yang sanggup memperlakukan isterinya sedemikian rupa.  Di pihak isteri yang diperlakukan, undang-undang sebenarnya memberikan ruang dan peluang kepada isteri untuk mencari jalan keluar daripada perkahwinan yang penuh derita itu. Kebiasaannya isteri-isteri yang didera dan tidak tahan lagi mengahadapi penderaan boleh memohon kepada mahkamah untuk membubarkan perkahwinan secara fasakh. Fasakh merujuk kepada pembubaran perkahwinan disebabkan olehnsesuatu perkara yang di haruskan oleh Hukum Syarak. Beradasarkan peruntukkan undang-undang Islam antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh adalah sebagaimana berikut: a) tidak ...

Cuti sekolah hampir tiba

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan salam hormat. Marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi atas segala kurniaannya. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Apa khabar agaknya suri-suri yang bekerja di luar rumah. Sedar-tak sedar kita sudah menghampiri cuti akhir tahun persekolahan. mesti suri-suri sekelian sibuk memikirkan apakah agaknya pengisian yang bakal anak-anak isi sepanjang cuti sekolah ini. moga-moga apa jua pengisian yang dirancang dipermudahkan oleh Allah dan diberkati hendaknya. Seperti tahun-tahun sudah, dua anak bujang saya sudah didaftarkan nama masing-masing ke program cuti sekolah. Bagi si abang selama sebulan akan berada di kem tahfiz manakala si adik pula akan menghadiri program AMPAC bersama sepupunya. Mudah-mudahan pengisian tersebut bakal memberi manfaat kepada mereka. Tinggal lagi si adik bujang yang ketiga masih belum difikirkan untuk dihantar ke mana-mana program. Ibu bapa mempun...

Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang membaca entri ini. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah. Alhamdulillah entri di blog akhirnya cukup 44 entri.  Satu kejayaan bagi saya yang masih belajar untuk menulis dengan sempurna. Bukan mudah untuk kekal momentum dalam satu-satu masa. Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, berkeluarga dan dalam masa yang sama sedang menyiapkan tesis bukan mudah untuk saya fokus dengan penulisan blog. Walaupun menulis adalah minat saya, namun tatkala menulis blog fikiran jauh menerawang memikirkan tesis. tatkala menulis tesis hati gundah gulana memikirkan artikel yang belum disiapkan. Saya bernasib baik akhirnya ditemukan dengan kelas maya yang mana cikgunya sering memberi inspirasi dan peringatan secara konsisten buat anak-anak murid. Sungguh melalui kelas Asas Blog dan Penulisan saya menemui sesuatu yang luar biasa yang tak mungkin saya temui dimana-mana. Mengenali Puan Masayu melalui l...

Perangkap cinta di tempat kerja

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam hormat. Semoga anda yang membaca coretan ini sentiasa dalam limpah kasih sayang Allah. Tajuk yang cukup dekat dengan hati saya. Sebenarnya sekian lama saya memendam hasrat untuk mencoretkan mengenai tajuk ini. namun ia sering tergendala dengan pelbagai alasan yang dicipta. Namun beberapa minggu lepas dua tiga cerita yang disampaikan kepada saya adalah berkisarkan hubungan cinta wanita bersuami di tempat kerja. Seringkali saya terfikir sendirian mengapa dan kenapa ini berlaku. Apakah penyebab cinta boleh berputik sedangkan pada masa yang sama masing-masing atau salah seorang daripada mereka sudah ada cinta hati di rumah. Namun apa yang pasti kedua-dua pihak bertanggungjawab hingga berlakunya perangkap cinta tersebut. Tanpa menafikan qada' dan qadar Allah, pastinya ada cara yang boleh kita buat bagi mengelak berlakunya seseuatu. Benarlah pesan al quran: Janganlah kamu menghampiri zina". Bibit-bibit menghampir...

Penguatkuasa syariah

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam hormat. Hari ini kebanyakan akhbar harian memaparkan kisah menyayat hati, seorang penguatkuasa agama ditembak mati di rumahnya. Sungguh ia sungguh kejam. tanpa kita mengetahui apa motif sebenar pembunuh tersebut, ia sukar diterima. Sedih dan sayu rasa hati mengenangkan keluarga arwah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah kurniakan kesabaran kepada ahli keluarga arwah dalam menghadapi ujian yang cukup berat ini. Tugas penguatkuasa Agama bukanlah suatu tugas mudah. Seperti juga penguatkuasa yang lain, tugas mereka begitu mencabar. Mereka berhadapan dengan pelbagai watak manusia. Yang pastinya kesalahan yang dilakukan kadangkalan dirasakan tidak salah justeru bukan mudah untuk penguatkuasa agama berhadapan dengan kepelbagaian watak tersebut. Selain itu banyak tugas mencabar yang perlu dilakukan mereka yang kadangkala harus mempertaruhkan nyawa sendiri. Pernah sekali saya mengikuti operasi pe...

Merai kejayaan anak-anak

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan selamat bertemu lagi. Setelah beberapa hari sepi tanpa sebarang catatan, hari ini kembali bersiaran sambil menyaksikan persembahan anak-anak tadika. Ini adalah kali ketiga majlis keraian anak-anak yang perlu dihadiri bulan ini. Satu majlis dihadiri oleh nenek mereka memandangkan kami berdua berada di luar kawasan. Nasib baik nenek mereka ada. Setidak-tidaknya mereka merasa dirai. Setiap kejayaan anak-anak ini adalah antara langkah-langkah awal kejayaan mereka pada masa depan. Penghargaan yang sedikit mampu mencetus semangat untuk berusaha dengan lebih baik pada masa akan datang. Catatan 10 Nov 2013

Prinsip-prinsip yang digunakan oleh mahkamah dalam menentukan kadar mutaah

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejahtera. Perkongsian hari ini adalah berkenaan prinsip-prinsip yang digunakan oleh mahkamah dalam menentukan kadar mutaah. Sebelum itu perlu untuk kita mengenali apakah itu mutaah.  Mut’ah adalah suatu pemberian yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t terhadap suami-suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang patut. Kewajipan ini bersandarkan kepada firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat 241 Maksudnya   ``Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah dengan cara yang patut sebagai satu tanggungan yang wajib bagi orang-orang yang bertaqwa.'('dua-dua pihak isteri dan suami). Pensyariatan mut’ah ini bertujuan untuk menutup rasa malu yang dialami oleh isteri, menghindarkan fitnah dan sebagai asas untuk memulakan hidup baru. Di dalam al-quran mahupun as-sunnah tidak ada nas yang menyebut atau menentukan berapa kadar mut’ah yang patut diberi oleh suami kepada bekas iste...

Musibah

Teks : Jazilah mohd saad  Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari iaitu hari jumaat yang penuh barakah.  Di awal pagi ketika masing-masing sibuk untuk keluar bekerja, maid memaklumkan bahawa motosikal yang diletakkan di dalam pagar rumah telah hilang. Biasanya bila hilang sesuatu sayalah orang yang paling kelam kabut. Tapi entah kenapa hari ini tidak begitu. Mungkin pengalaman lalu mengajar diri ini untuk lebih "cool" dalam banyak perkara. Mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan ini. Mungkin Allah ingin mengganti dengan yang lebih baik. Musibah boleh menjadi rahmat jika kita bijak mengurusnya. Fikiran dan tindakan yang positif adalah kunci yang mampu mengubah musibah menjadi rahmat. Semkga Allah mengurniakan hidayat kepada hamba Nya. Catatan harian jumaat 18 oktober 2013

Ruangan Ilmu

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam ceria. Alhamdulillah Allah masih memberikan kita nikmat kehidupan buat sekian kalinya. Mudah-mudahan hari ini diisi dengan pekerjaan yang manfaat. Suasana di pejabat makin meriah, ramai yang mengambil cuti sempena aidil adha telah kembali bekerja. jalan raya semakin sibuk namun alhamdulillah masih dapat datang tepat pada waktunya. Setelah kembali bekerja, saya cukup bersyukur ditempatkan di ruangan ilmu yang bakal membuatkan hari-hari saya terisi dengan pelbagai ilmu yang ada di sini. Sejak dari zaman sekolah rendah, saya adalah seorang ulat buku. Perpustakaan adalah tempat kedua selepas bilik darjah. Sehinggakan saya pernah dilantik sebagai pustakawan apabila guru sering melihat saya di perpustakaan. Alhamdulillah dengan minat tersebut saya pernah mendapat anugerah sempena hari membaca di sekolah. Dah terlupa nama anugerahnya tapi rasanya semuanya ada hubungkait dengan buku. Kini setelah bekerja saya sekali lagi s...

Mutaah

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Perkongsian pada hari ini adalah berkenaan mut'ah.Mut'ah secara ringkasnya adalah saguhati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut. Sekiranya selepas penceraian suami tidak memberikan apa-apa saguhati yang selayaknya dianggap sebagai muta'ah maka isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk memerintahkan pembayaran muta'ah tersebut. Perkara ini dibenarkan berdasarkan peruntukkan seksyen 56 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan. Seksyen 56 memperuntukkan: Selain haknya memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon muta'ah atau pemberian saguhati kepada mahkamah, dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebba yang patut, memerintahkan suami membayar sejumla...

Kes Harta Sepencarian

Teks: Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Perkongsian hari ini adalah berkisar mengenai harta sepencarian. Secara lebih jelas saya bawakan sebuah kisah. "Semalam Mak limah menerima perkhabaran bahawa Pak Abu telah berkahwin lain di sempadan. Sebenarnya Pak Abu pernah mengusulkan cadangan untuk berkahwin lagi satu kat Mak limah. Namun Mak Limah tidak bersetuju melihat kepada kemampuan kewangan Pak Abu. Apatah selama hampir 20 tahun hidup bersama Mak Limah yang banyak menyara kehidupan mereka.Setelah mendapat perkhabaran tersebut Mak Limah hilang pertimbangan dan memfailkan tuntutan perceraian. Akhirnya setelah didesak oleh Mak Limah, pak Abu bersetuju untuk bercerai. Selepas permohonan dibenarkan mak Limah mula risau mengenai harta-harta yang diperoleh bersama Pak Abu selama ini. Apatah lagi teman-teman rapat mula memberikan pendapat peribadi masing-masing. Hati mula tidak keruan. Mak Limah mula terfikirkan bagaimana kiranya tanah kebun ya...

Memfailkan tuntutan penjagaan sementara

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Setiap kali berlaku perceraian, antara perkara pertama yang dilihat adalah isu penjagaan anak-anak. Sekiranya sebelum perceraian anak-anak akan dijaga bersama-sama. Namun selepas perceraian pastinya pasangan akan mempunyai kehidupan dan kediaman sendiri.  Maka soalnya dimanakah anak - anak akan tinggal. Seringkali isu dan pertikaian penjagaan anak - anak akan melibatkan permainan emosi. Apatah lagi sekiranya perceraian berlaku tanpa persetujuan mana-mana pihak. Anak - anak menjadi mangsa kemarahan dan dendam. Tidak mudah menyelesaikan isu penjagaan anak - anak di awal perceraian. Namun untuk kebaikan dan keperluan mendesak,  mana-mana pihak boleh dengan alasan memohon perintah penjagaan sementara demi kebaikan dan kemaslahatan anak-anak. Bagaimana permohonan boleh dibuat?. Permohonan untuk mendapatkan perintah penjagaan sementara boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah ...

Pengorbanan seorang suri

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh kasih sayang. Besok 15 oktober bersamaan 10 Zulhijah umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha atau sinonimnya hari raya korban. Menelusuri sirah anbiya' pastinya kita akan bertemu kisah pengorbanan nabi ibrahim dan anaknya nabi Ismail juga siti hajar.  Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka demi mendapatkan ganjaran daripada Allah. Dalam kehidupan kita juga tidak terlepas daripada melakukan pengorbanan. orang kata "pengorbanan yang dilakukan terhadap diri adalah cerminan pengorbanan kita terhadap orang lain". Bagaimana kita sanggup berkorban untuk orang lain kiranya kita tidak sanggup berkorban untuk diri sendiri. Dalam sebuah perkahwinan betapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh setiap pasangan demi menjaga kerukunan rumahtangga, demi kebahagiaan diri, pasangan dan anak-anak. Dalam kehidupan seorang individu betapa banyak pengorbanan yang telah dibuat demi men...

Hari arafat

Teks : Jazilah Mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Perkongsian ini diperoleh dari sahabat yang dikongsikan di facebook. Mungkin ada manfaatnya buat kita. bagi kita yang tidak mengerjakan haji, pelbagai cara yang boleh dilakukan sebagai merai hari Arafah dan bertaqarrub kepada Allah. Di sertakan cadangan jadual hari bagi umat Islam sempena hari arafat. 1. Sleep early the night before to strengthen yourself for the special day. 2. Wake up before Fajr for suhoor. 3. Make wudoo, while consciously remembering that your sins are being washed away til the last drop of water. Pray at leasr 4 rakahs of qiyam and make duaa for your deen & dunya in your sujood. Cry to Allah, showing Him humility & ask Him to give you tawfeeq on this great day, and thank Him for making you of those who would experience this special occasion. 4. Spend some time (10-15 mins at least) making Istighfar before Fajr, to be like the righteous whom Allah described as "seeking forgiveness before da...

Motivasi bekerja di luar rumah

Teks : Jazilah mohd saad Bismillahirrahmanirrahim dan salam penuh ukhuwwah. Alhamdulillah, hari ini adalah hari ketiga mulai bekerja semula di luar rumah dengan waktu kerja yang tetap. Minggu pertama seperti biasa adalah minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang baru. Agak kekok pada awalnya memandangkan selama ini saya  bekerja mengikut gaya sendiri dan secara berkala sahaja diselia oleh penyelia. Waktu kerja tetap seakan menyesakkan dada. Namun apakan daya itulah peluang untuk menjana ekonomi rumahtangga buat masa ini.  Sebagai seorang suri rumahtangga pastinya naluri hati untuk kembali bekerja di rumah wujud jauh di sudut hati. Keperluan kembali bekerja di rumah mungkin lebih mendesak apabila memikirkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan jagaan dan pemerhatian rapi ibu kandung. namun apakan daya tidak kesemua suri mampu merealisasikan hasrat tersebut. Seorang suri yang bekerja di luar rumah pasti menghadapi pelbagai kesulitan dan rintangan...

Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah

Teks: Jazilah mohd Saad Bismillahirrahmanirrahim. Perkongsian undang-undang yang ingin diutarakan pada kali ini adalah berkenaan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.  Penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah adalah satu proses tindakan yang dilakukan setelah berlakunya ketidakpatuhan terhadap perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah syariah. ramai yang beranggapan dengan adanya perintah nafkah yang dikeluarkan oleh mahkamah maka tindakan akan berhenti sekadar itu sahaja. Memang benar isu tidak akan timbul sekiranya tidak ada unsur-unsur pengabaian terhadap pembayaran nafkah. Namun yang sering menjadi isu hangat yang diperkatakan adalah berlakunya pengabaian pembayaran sehingga menimbulkan penganiayaan terhadap pihak-pihak yang diabaikan (kebiasaannya anak-anak). Seolah-olah bapa dengan sengaja abai perintah pembayaran nafkah dan dengan sengaja engkar perintah mahkamah. sekiranya perkara ini berlaku pihak-pihak yang diabaikan berhak untuk...